Wilkins hambur pujian buat Anelka



PRESTON: Penyerang antarabangsa Perancis, Nicolas Anelka menerima pujian selepas jaringannya membantu kemenangan, 2-0 di Preston untuk mengekalkan Chelsea di landasan terbaik menjulang Piala FA ketiga dalam tempoh empat musim.

PRESTON: Penyerang antarabangsa Perancis, Nicolas Anelka menerima pujian selepas jaringannya membantu kemenangan, 2-0 di Preston untuk mengekalkan Chelsea di landasan terbaik menjulang Piala FA ketiga dalam tempoh empat musim.

Anelka membuka laluan untuk kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melepasi pusingan keempat di Deepdale menerusi jaringan kelimanya dalam empat perlawanan.

Gandingannya, penyerang muda, Daniel Sturridge melebarkan penguasaan juara bertahan itu pada babak kedua ketika skuad kendalian Carlo Ancelotti diberi tentangan sengit oleh barisan pimpinan Darren Ferguson dari Liga Kejuaraan.

Namun, persembahan Anelka paling mencuri tumpuan penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins dan dia menyampaikan penghormatan buat bekas bintang Arsenal dan Real Madrid itu. “Ketika ini, dia mempamer permainan bola sepak membanggakan. Dia benar-benar gembira ketika beraksi dan menjalani latihan.

“Dia pemain hebat dan diharap, dia meneruskan rentak jaringan gol,” kata Wilkins.

Wilkins menegaskan, aksi profesional Chelsea ketika menentang Preston menjadi bukti bahawa kelab berpangkalan di barat London itu benar-benar mahu mempertahankan Piala Fa, yang dimenangi Mei lalu selepas menewaskan Everton, 2-1 pada final. “Saya fikir, pemain kami benar-benar profesional. Bukan mudah untuk melalui perlawanan di gelanggang ini dan peminat Preston memberi sokongan padu kepada pasukan mereka.

“Tapi, kami juara bertahan dan mahu mengekalkan gelaran itu. Ini bukan gelanggang mudah untuk dikunjungi dan fakta bahawa Carlo menurunkan barisan terkuat membuktikan betapa seriusnya kami terhadap kejuaraan ini,” katanya.

Wilkins turut enggan menyalahkan pengadil, Mike Dean, yang membatalkan gol pemain gantian, Florent Malouda ketika kedudukan terikat tanpa jaringan. - AFP

0 comments: