Inter tewas musuh setempat



MILAN: Inter Milan berbekal sembilan pemain melebarkan jurang kepada sembilan mata di tangga teratas Liga Itali selepas merakamkan kemenangan 2-0 ke atas musuh tradisi, AC Milan di San Siro, kelmarin.

Juara bertahan itu bermain lebih sejam dengan kepincangan itu selepas Wesley Sneijder dibuang padang tetapi mendominasi permainan untuk mendapatkan hak kemenangan itu.

Jurulatih Inter, Jose Mourinho berkata keputusan itu menunjukkan bahawa pihak berpakat untuk menjatuhkan kelabnya.


Malam ini (kelmarin) segala-galanya dilakukan untuk menyekat Inter daripada menang tetapi kumpulan ini kuat dan akan memenangi gelaran.

Apabila ke bilik persalinan saya bertanya kepada pengadil kenapa dia melayangkan kad merah kepada Sneijder dan dia membalas ia kerana pemain itu mempertikaikan keputusannya.

Dia tanya saya apa saya akan lakukan jika ada pemain mempertikaikan keputusan saya. Saya membalas saya tidak akan mengusir pemain itu kerana kita adalah lelaki dalam bola sepak.

Saya mengerti kad merah itu tidak berlaku begitu sahaja, katanya. - Agensi

0 comments: