'Selamat tinggal, City'


SCUNTHORPE (England): Robinho sudah mengesahkan dia akan meninggalkan Manchester City seperti mana dilaporkan dalam media British, Sabtu untuk kembali menyertai kelab asalnya, Santos dalam Liga Brazil.

Ini bererti penyerang lincah yang mencatat rekod pembelian di British iaitu 32.5 juta (RM178 juta) mungkin beraksi buat kali terakhir ketika membantu barisan Roberto Mancini menewaskan Scunthorpe 4-2 dalam saingan pusingan keempat Piala FA, kelmarin.

Saya melalui tempoh yang buruk ketika ini. Pengarah kelab semua bersetuju bahawa adalah lebih baik saya pergi di atas pinjaman.



Ia pasti satu kepulangan emosi bagi saya ke Santos. Bermain untuk kelab itu dapat membantu saya kembali ke tahap asal saya, tambahan untuk memantapkan diri sebelum ke Piala Dunia 2010. ia adalah rumah saya dan saya mengenali setiap orang di sana, katanya.

Penyerang itu jelas menyuarakan dia tidak sanggup untuk terus menjadi pemain gantian di City dan ghairah untuk menyertai Santos segala-galanya kerana misi Brazil ke Piala Dunia di Afrika Selatan.

Robinho dibeli City daripada Real Madrid pada September 2008 menyumbat gol keempat di Glanford Park dalam saingan Piala FA, kelmarin dan Mancini menegaskan dia berminat untuk mengekalkan Robinho di Eastlands.

Bagi saya Robinho harus kekal. Saya melihat dia akan bersama kami sehingga akhir musim ini, kata pengurus itu. - Agensi

0 comments: