Neville undang padah



LONDON: Gary Neville bakal berdepan tindakan disiplin kerana menunjukkan isyarat lucah menggunakan jarinya ke arah bekas rakan sepasukan, Carlos Tevez selepas Persatuan Bola Sepak Inggeris mengesahkan mereka sedang meneliti rakaman perlawanan separuh akhir Piala Liga, awal pagi semalam.

Neville didakwa menunjukkan isyarat lucah itu daripada tepi padang ketika Tevez menyambut jaringan pertamanya ketika membantu Manchester City menang 2-1 ke atas Manchester United di Eastlands.


Neville sedang dalam pemerhatian FA Inggeris selepas pemain itu diberi amaran atas kelakuannya ketika merayakan jaringan kemenangan yang dihasilkan Michael Owen yang membolehkan United menang pada kali terakhir dua musuh setempat itu bertemu di Old Trafford, September lalu.


Tevez menyambut jaringannya dengan corak hampir serupa iaitu berlari di depan kem United sambil meletakkan tangan di telinga. - AFP

0 comments: