Ancelotti tidak perlu bimbang


LAMPARD

LONDON - Carlo Ancelotti tidak perlu terlalu bimbang selepas Chelsea dipintas Manchester United dan Arsenal selepas mereka gah membelasah Sunderland 7-2 pada 16 Januari lalu.

Chelsea kini ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, United yang beraksi lebih dua perlawanan manakala Arsenal memiliki jumlah mata yang sama berada di tangga kedua dengan berkelebihan satu perlawanan.

Skuad bimbingan Ancelotti itu bakal kembali merampas tangga teratas Liga Perdana England seandainya mereka berjaya menewaskan Birmingham awal pagi esok dan pada masa yang sama Arsenal gagal mencatat kemena- ngan ke atas Aston Villa.

Namun, Chelsea bakal menghadapi tugas sukar memandangkan Birmingham masih lagi kekal dengan rekod 15 perlawanan tanpa tewas setakat ini.

Dua aksi berikutnya menentang Burnley dan Hull pula dilihat memberi peluang kepada Chelsea untuk memberi tekanan kepada United dan Arse- nal.

"Kami mahu menjuarai liga dan kami perlu sedar sebarang kemungki- nan yang hadir pada tiga perlawanan ini. Kami tahu ini adalah bulan paling penting bagi kami.

"Sudah tentu kamu boleh katakan kejuaraan liga tidak dapat ditentukan ketika ini tetapi jika kami berjaya merampas kedudukan teratas, ia akan memberi laluan mudah kepada kami untuk muncul juara," kata pemain tengah Chelsea, Deco.

Bagi penyerang muda Chelsea, Daniel Sturridge yang mengisi kekosongan Didier Drogba dan Salomon Kalou, dia yakin pasukannya itu mampu mencapai apa yang disasarkan itu.

"Semua pihak sengaja mahu takutkan kami tetapi kami tidak gentar kepada sesiapa. Tiada tekanan untuk menjaringkan gol kerana kami mampu melakukan apa sahaja pada bila-bila masa.

"Cuma setiap kali kami menjaringkan gol, barisan pertahanan perlu sentiasa bersedia supaya pasukan lawan tidak dapat membolosi gawang kami," kata Sturridge.

Drogba dan Kalou dijangka kembali ke London sebelum aksi menentang Birmingham setelah Ivory Coast tersingkir daripada saingan Piala Negara- Negara Afrika tetapi hanya akan diturunkan ketika Chelsea bertemu Burnley hujung minggu ini.

Nicolas Anelka sekali lagi akan dipertanggujawabkan untuk menggempur gawang Birmingham tatkala Frank Lampard bakal kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan. - AFP

0 comments: