'Kad merah tak patut'



MADRID: Cristiano Ronaldo memohon maaf kerana mematahkan hidup pertahanan Malaga, Patrick Mtiliga dalam saingan Liga Sepanyol, kelmarin, tetapi berkata dia tidak seharusnya dibuang padang.

Pemain termahal dunia itu menjaringkan kedua-dua gol untuk Real Madrid ketika menang 2-0 di tempat sendiri, meletakkan kelab itu kepada lima mata belakang pendahulu, Barcelona.

Tetapi, dia memungut kad merah pada minit ke-10 selepas menghayunkan tangannya ke belakang dan terkena Mtiliga, tatkala dia cuba melepaskan diri daripada pautan pertahanan berbangsa Denmark itu.


Orang yang faham bola sepak tahu bahawa niat saya ialah sentiasa untuk mencuba dan bermain. Kad merah itu sesuatu yang memalukan dan saya tidak faham mengenainya, kata Ronaldo.

Saya pergi ke bilik persalinan Malaga meminta maaf dan dia faham situasi itu. Saya tidak pernah cuba mencederakan sesiapa.

Jurulatih Malaga, Juan Ramon Lopez Muniz berkata Mtiliga patah hidungnya dan kemungkinan tidak dapat beraksi selama tiga minggu. - Reuters

0 comments: