SELANGOR DI MALU KAN



SELANGOR yang dianggap kebal selepas menang semua perlawanan sebelum ini tersungkur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu kelmarin angkara anak buah Irfan Bakti yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghukum pasukan pelawat itu.


Skuad Penyu berjaya mengotakan janji mereka kepada peminat mereka yang sentiasa memenuhi stadium dalam setiap perlawanan membabitkan pasukan kesayangan mereka itu.


Bagi Irfan, kemenangan besar ke atas Selangor di tempat sendiri malam kelmarin adalah sesuatu yang manis dan ia adalah hasil kerja keras pemain sendiri yang menunjukkan aksi cemerlang dengan menggunakan setiap peluang terbaik menghasilkan gol.


“Saya mengucapkan taniah kepada semua pemain yang mempamerkan mutu persembahan hebat sehingga lawan terpaksa berputih mata kerana gagal mencuri sebarang mata,” katanya.


katanya, beliau sedikit pun tidak menduga anak buahnya mampu menjaringkan empat gol kerana pasukan lawan mempunyai ramai pemain berpengalaman dan pernah mewakili negara.

Katanya, penyerang yang diketuai Manaf Mamat bertindak bijak dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-10 untuk menaikkan semangat jurang rakan sepasukan.


“Gol kedua jaringan Ashaari Shamsuddin melalui sepakan penalti menyebabkan lawan hilang punca dan barisan pertahanan Selangor mula goyah,” katanya.

0 comments: