Pertarungan Tevez, Neville di Old Trafford

Comments: (0)



LONDON: Tidak perlu digembar-gemburkan lagi kerana sudah jelas pergeseran di antara Carlos Tevez dengan Gary Neville pasti menjanjikan saingan hangat dalam perlawanan separuh akhir kedua, Piala Liga membabitkan Manchester City dengan Manchester United, hari ini.

Penyerang Argentina itu yang meninggalkan United untuk beraksi bersama City musim lalu, menjaringkan kedua-dua gol membolehkan kelabnya menang 2-1 di Eastland pada perlawanan pertama.

Bagaimanapun, isyarat 'diam' oleh Tevez yang ditunjukkan kepada Neville, dibalas isyarat lucah daripada pemain United itu lalu mencetuskan perang mulut.

Tevez menyifatkan Neville sebagai 'pengampu' dan 'bodoh' ketika temuramah bersama radio Argentina kerana menyokong keputusan pengurus United, Alex Ferguson yang tidak mahu berbelanja untuk mengekalkannya pada musim panas lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif City, Garry Cook mendakwa City akan menjadi kelab terbesar dunia dan perlu sedia berani untuk menggugat penguasaan United di laman sendiri walaupun ia mengundang risiko.

Sejurus itu, Ferguson mendakwa Tevez seharusnya dibuang padang kerana mengasari Wes Brown.

Polis turut melakukan beberapa tangkapan sebelum dan ketika perlawanan pertama minggu lalu dan pegawai tambahan dikerah untuk mengawal Old Trafford apabila United terdesak untuk menghapuskan defisit dan menempah perlawanan menentang Aston Villa pada final di Wembley.

Ia menjadi detik terbaik untuk United merobek keyakinan tinggi pasukan City yang semakin menghampiri piala pertama yang amat bermakna buat mereka selepas kali terakhir mendakap kejuaraan pada 1976, beberapa minggu selepas pasukan diambil alih oleh Roberto Mancini. � Reuters

Firasat Nani

Comments: (0)



MANCHESTER: Pemain sayap lincah Manchester United, Nani percaya peningkatan prestasi rakan sepasukannya Wayne Rooney boleh dijadikan sandaran untuk United mengatasi Manchester City dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala Liga, awal pagi esok.

City memiliki kelebihan menerusi kemenangan 2-1 pada perlawanan pertama minggu lalu di Eastlands untuk mara ke final bertemu Aston Villa.


Pengurus United, Sir Alex Ferguson menegaskan gol di tempat lawan United penting untuk mereka memastikan tempat ke Wembley.


Beliau juga membayangkan keinginan kuat Rooney untuk bermain dalam setiap perlawanan dan minat mendalam secara semula jadi itu bermakna penyerang England berkenaan tidak akan direhatkan selepas meledak empat gol ketika United menumpaskan Hull 4-0 minggu lalu.


Nani yang kembali beraksi selepas disisihkan beberapa minggu akibat kecederaan pergelangan kaki turut mempamerkan aksi cemerlang menentang barisan Phil Brown.


Pemain sayap itu berharap dapat mengisi posisi ditinggalkan Cristiano Ronaldo, namun bergelut untuk memberikan prestasi terbaik musim ini.

City memiliki kelebihan menerusi kemenangan 2-1 pada perlawanan pertama minggu lalu di Eastlands untuk mara ke final bertemu Aston Villa.


Pengurus United, Sir Alex Ferguson menegaskan gol di tempat lawan United penting untuk mereka memastikan tempat ke Wembley.


Beliau juga membayangkan keinginan kuat Rooney untuk bermain dalam setiap perlawanan dan minat mendalam secara semula jadi itu bermakna penyerang England berkenaan tidak akan direhatkan selepas meledak empat gol ketika United menumpaskan Hull 4-0 minggu lalu.


Nani yang kembali beraksi selepas disisihkan beberapa minggu akibat kecederaan pergelangan kaki turut mempamerkan aksi cemerlang menentang barisan Phil Brown.


Pemain sayap itu berharap dapat mengisi posisi ditinggalkan Cristiano Ronaldo, namun bergelut untuk memberikan prestasi terbaik musim ini.


Bagaimanapun, dia yakin boleh meningkatkan prestasinya berdasarkan persembahannya menentang Hull.


Dia berkata: “Semua orang gembira. Ia sesuatu yang hebat untuk berada di tangga teratas liga dan memberikan keyakinan kepada semua pemain. Kami bermain baik, menjaringkan gol dan berasa sungguh gembira.


“Perlawanan dengan City nanti pasti sukar, tapi kami mempunyai seseorang seperti Wayne yang kini berada di tahap terbaik dan semakin yakin.


“Sangat hebat untuk menyaksikan penyerang menjaringkan empat gol dan ia memberikan semua pemain keyakinan kerana kami tahu kami memiliki seseorang yang boleh menjaringkan gol setiap perlawanan.


“Saya pasti, menentang City akan menjadi satu perlawanan menarik dan saya begitu teruja mengharunginya.” - AFP

Gergasi luka belasah Johor

Comments: (0)




AMIRULHADI turut mencatat nama sebagai penjaring gol pasukan Selangor semalam.

IBARAT gergasi terluka, Selangor pantas melupakan igauan ngeri tewas kepada Terengganu Sabtu lalu dengan membelasah Johor 6-0 di Stadium Shah Alam malam tadi, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Kemenangan tersebut cukup penting bagi memastikan Selangor kekal menghuni tangga teratas Liga Super dengan 15 mata selepas ber- akhirnya enam perlawanan.

Pemain Johor turun dengan memakai lilitan putih di lengan kiri manakala pegawai pasukan di bangku simpanan memakai songkok tanda berkabung selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Jumaat lalu.

Anak-anak buah K. Devan pula turun penuh bersemangat sebagai menghargai kira-kira 5,000 penyokong mereka yang masih setia hadir ke stadium apabila selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Selangor hanya memerlukan lima minit untuk memperolehi gol pertama apabila Amirulhadi Zainal bijak melambung bola melepasi penjaga gol Johor, Amron Jaihan selepas menerima hantaran Nasriq Baharom.

Johor memiliki peluang menyamakan kedudu- kan pada minit ke-25 apabila kesilapan Razman Roslan dihukum Fahian Roslan tetapi percubaannya terkena tiang selepas melepasi penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Pada minit ke-31, Selangor berjaya memper- oleh gol kedua selepas percubaan kemas Safee dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Amron. Sebelas minit kemudian Safee sekali lagi cemerlang dengan menjaringkan gol ketiga Selangor menerusi rembatan kaki kiri menarik dari luar kotak penalti selepas menerima loro- ngan Amirulhadi.

Pada separuh masa kedua, Selangor langsung tidak menunjukkan belas kasihan terhadap Johor apabila menambah gol keempat pada minit ke-52 menerusi rembatan Razman dari dalam kotak penalti.

Amirulhadi menghadiahkan gol kelima Sela- ngor dan gol kedua peribadinya pada minit ke-84 sebelum Safiq Rahim menjaringkan gol keenam selepas sepakan percumanya terus menerjah jaring empat minit kemudian.

Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Terengganu 2-1.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pula menyaksikan ruan rumah, Kuala Lumpur diikat 1-1 oleh Pahang.

Di Stadium Perak, Ipoh turut menyaksikan Perak seri 0-0 dengan Kelantan manakala Pulau Pinang pula tumpas 0-3 kepada Kedah di Stadium Negeri Batu Kawan.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula menyaksikan T-Team menewaskan Perlis 1-0.

Ancelotti tidak perlu bimbang

Comments: (0)


LAMPARD

LONDON - Carlo Ancelotti tidak perlu terlalu bimbang selepas Chelsea dipintas Manchester United dan Arsenal selepas mereka gah membelasah Sunderland 7-2 pada 16 Januari lalu.

Chelsea kini ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, United yang beraksi lebih dua perlawanan manakala Arsenal memiliki jumlah mata yang sama berada di tangga kedua dengan berkelebihan satu perlawanan.

Skuad bimbingan Ancelotti itu bakal kembali merampas tangga teratas Liga Perdana England seandainya mereka berjaya menewaskan Birmingham awal pagi esok dan pada masa yang sama Arsenal gagal mencatat kemena- ngan ke atas Aston Villa.

Namun, Chelsea bakal menghadapi tugas sukar memandangkan Birmingham masih lagi kekal dengan rekod 15 perlawanan tanpa tewas setakat ini.

Dua aksi berikutnya menentang Burnley dan Hull pula dilihat memberi peluang kepada Chelsea untuk memberi tekanan kepada United dan Arse- nal.

"Kami mahu menjuarai liga dan kami perlu sedar sebarang kemungki- nan yang hadir pada tiga perlawanan ini. Kami tahu ini adalah bulan paling penting bagi kami.

"Sudah tentu kamu boleh katakan kejuaraan liga tidak dapat ditentukan ketika ini tetapi jika kami berjaya merampas kedudukan teratas, ia akan memberi laluan mudah kepada kami untuk muncul juara," kata pemain tengah Chelsea, Deco.

Bagi penyerang muda Chelsea, Daniel Sturridge yang mengisi kekosongan Didier Drogba dan Salomon Kalou, dia yakin pasukannya itu mampu mencapai apa yang disasarkan itu.

"Semua pihak sengaja mahu takutkan kami tetapi kami tidak gentar kepada sesiapa. Tiada tekanan untuk menjaringkan gol kerana kami mampu melakukan apa sahaja pada bila-bila masa.

"Cuma setiap kali kami menjaringkan gol, barisan pertahanan perlu sentiasa bersedia supaya pasukan lawan tidak dapat membolosi gawang kami," kata Sturridge.

Drogba dan Kalou dijangka kembali ke London sebelum aksi menentang Birmingham setelah Ivory Coast tersingkir daripada saingan Piala Negara- Negara Afrika tetapi hanya akan diturunkan ketika Chelsea bertemu Burnley hujung minggu ini.

Nicolas Anelka sekali lagi akan dipertanggujawabkan untuk menggempur gawang Birmingham tatkala Frank Lampard bakal kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan. - AFP

Inter tewas musuh setempat

Comments: (0)



MILAN: Inter Milan berbekal sembilan pemain melebarkan jurang kepada sembilan mata di tangga teratas Liga Itali selepas merakamkan kemenangan 2-0 ke atas musuh tradisi, AC Milan di San Siro, kelmarin.

Juara bertahan itu bermain lebih sejam dengan kepincangan itu selepas Wesley Sneijder dibuang padang tetapi mendominasi permainan untuk mendapatkan hak kemenangan itu.

Jurulatih Inter, Jose Mourinho berkata keputusan itu menunjukkan bahawa pihak berpakat untuk menjatuhkan kelabnya.


Malam ini (kelmarin) segala-galanya dilakukan untuk menyekat Inter daripada menang tetapi kumpulan ini kuat dan akan memenangi gelaran.

Apabila ke bilik persalinan saya bertanya kepada pengadil kenapa dia melayangkan kad merah kepada Sneijder dan dia membalas ia kerana pemain itu mempertikaikan keputusannya.

Dia tanya saya apa saya akan lakukan jika ada pemain mempertikaikan keputusan saya. Saya membalas saya tidak akan mengusir pemain itu kerana kita adalah lelaki dalam bola sepak.

Saya mengerti kad merah itu tidak berlaku begitu sahaja, katanya. - Agensi

'Kad merah tak patut'

Comments: (0)



MADRID: Cristiano Ronaldo memohon maaf kerana mematahkan hidup pertahanan Malaga, Patrick Mtiliga dalam saingan Liga Sepanyol, kelmarin, tetapi berkata dia tidak seharusnya dibuang padang.

Pemain termahal dunia itu menjaringkan kedua-dua gol untuk Real Madrid ketika menang 2-0 di tempat sendiri, meletakkan kelab itu kepada lima mata belakang pendahulu, Barcelona.

Tetapi, dia memungut kad merah pada minit ke-10 selepas menghayunkan tangannya ke belakang dan terkena Mtiliga, tatkala dia cuba melepaskan diri daripada pautan pertahanan berbangsa Denmark itu.


Orang yang faham bola sepak tahu bahawa niat saya ialah sentiasa untuk mencuba dan bermain. Kad merah itu sesuatu yang memalukan dan saya tidak faham mengenainya, kata Ronaldo.

Saya pergi ke bilik persalinan Malaga meminta maaf dan dia faham situasi itu. Saya tidak pernah cuba mencederakan sesiapa.

Jurulatih Malaga, Juan Ramon Lopez Muniz berkata Mtiliga patah hidungnya dan kemungkinan tidak dapat beraksi selama tiga minggu. - Reuters

'Selamat tinggal, City'

Comments: (0)


SCUNTHORPE (England): Robinho sudah mengesahkan dia akan meninggalkan Manchester City seperti mana dilaporkan dalam media British, Sabtu untuk kembali menyertai kelab asalnya, Santos dalam Liga Brazil.

Ini bererti penyerang lincah yang mencatat rekod pembelian di British iaitu 32.5 juta (RM178 juta) mungkin beraksi buat kali terakhir ketika membantu barisan Roberto Mancini menewaskan Scunthorpe 4-2 dalam saingan pusingan keempat Piala FA, kelmarin.

Saya melalui tempoh yang buruk ketika ini. Pengarah kelab semua bersetuju bahawa adalah lebih baik saya pergi di atas pinjaman.



Ia pasti satu kepulangan emosi bagi saya ke Santos. Bermain untuk kelab itu dapat membantu saya kembali ke tahap asal saya, tambahan untuk memantapkan diri sebelum ke Piala Dunia 2010. ia adalah rumah saya dan saya mengenali setiap orang di sana, katanya.

Penyerang itu jelas menyuarakan dia tidak sanggup untuk terus menjadi pemain gantian di City dan ghairah untuk menyertai Santos segala-galanya kerana misi Brazil ke Piala Dunia di Afrika Selatan.

Robinho dibeli City daripada Real Madrid pada September 2008 menyumbat gol keempat di Glanford Park dalam saingan Piala FA, kelmarin dan Mancini menegaskan dia berminat untuk mengekalkan Robinho di Eastlands.

Bagi saya Robinho harus kekal. Saya melihat dia akan bersama kami sehingga akhir musim ini, kata pengurus itu. - Agensi